Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Calon PN, Datuk Azman Nasrudin. Foto TVS.

Azman ikrar jadi pembangkang berwibawa di Parlimen

KULIM, 8 Dis: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kerusi Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin bersyukur selepas diumumkan menang dengan majoriti besar malam tadi.

Azman berkata, beliau berjanji akan membawa suara warga Padang Serai ke Dewan Rakyat.

“Saya beraspirasi untuk bersama-sama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan wakil rakyat lain yang telah dipilih pada PRU-15 ini untuk menjadi pembangkang yang berwibawa.

“Kami akan memantau tindak tanduk Kerajaan Perpaduan,” katanya selepas pengumuman keputusan PRU-15 di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech di sini.

Azman memperoleh 51,637 undi dengan meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Mohamad Sofee Razak yang mendapat 35,377 undi.

Dua calon yang menarik diri bagi memberi laluan kepada calon PH iaitu Datuk C. Sivaraj daripada Barisan Nasional (BN) memperoleh 2,983 undi dan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Mohd. Bakri Hashim mendapat 149 undi.

Sementara itu, calon Pejuang, Hamzah Abd. Rahman mendapat 424 undi dan calon Bebas, Sreanandha Rao memperoleh 846 undi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan