JAKARTA, 7 Dis: Seorang pengganas maut manakala tiga anggota polis cedera dalam kejadian letupan bunuh diri yang berlaku di Balai Polis Astana Anyar, Bandung, Jawa Barat.
Letupan bom berlaku tepat di pekarangan pejabat pada 08.45 waktu tempatan ketika perhimpunan pagi anggota polis di balai berkenaan.
Sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung kejadian pagi tadi.
Sementara pihak polis mempertingkatkan faktor keselamatan di lokasi kejadian. -TVS