Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dua timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Sri Fadillah Yusof serta menteri-menteri kabinet pada mesyuarat kabinet mingguan di Putrajaya, hari ini.

Senarai timbalan menteri akan diumumkan dalam masa terdekat – PM Anwar

ByMuqri Aziz

KUCHING, 7 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengumumkan senarai timbalan menteri dalam masa terdekat.

Pada Jumaat lepas, beliau mengumumkan menteri-menteri kabinetnya yang terdiri daripada 28 kementerian.

Ia disusuli dengan majlis mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu lepas.

Anwar, menerusi catatannya di Facebooknya hari ini, bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai pelantikan timbalan menteri.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa isu-isu rakyat seperti kos sara hidup harus diberi tumpuan dan akan diselesaikan segera.

Beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet mingguan di Putrajaya, hari ini.

Dalam satu lagi catatan, Anwar berkata beliau terbuka menerima cadangan yang lebih baik dalam membantu pesawah miskin di seluruh negara dan tumpuan kerajaan ketika ini adalah menggunakan kuasa untuk membela kepentingan rakyat terutamanya pesawah miskin.

“Kalau ada pihak lain yang ingin menyanggah usaha kerajaan dalam membantu pesawah miskin, pihak tersebut dipersilakan mengusulkan alternatif. Saya terbuka menerima cadangan yang lebih baik,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan