Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 3.30 petang dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun itu merupakan seorang pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Samun kedai emas guna pistol mainan

IPOH, 7 Dis: Polis berjaya memberkas seorang lelaki kira-kira 30 minit selepas disyaki menyamun sebuah kedai emas di Jalan Sultan Iskandar di sini, semalam.

Suspek warga tempatan berusia 32 tahun itu ditahan di Jalan Dato’ Onn Jaafar sejurus melakukan kegiatan berkenaan kira-kira jam 2 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Hassan, pihaknya mendapati suspek menggunakan sepucuk pistol mainan ketika melakukan kegiatan berkenaan.

“Suspek dipercayai memasuki kedai emas berkenaan bersendirian sambil menyatakan hajat mahu membeli seutas rantai, selepas melihat rantai emas yang ditunjukkan pekerja kedai, suspek terus mengambilnya sambil mengacukan senjata menyerupai pistol.

“Dia kemudiannya melarikan diri dan telah dikejar oleh orang awam sebelum diberkas polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, polis turut merampas sepucuk pistol mainan buatan plastik yang disimpan di dalam beg silang yang dibawa suspek.

“Permohonan reman terhadap suspek dilakukan di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan