Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto TVS.

PRU-15: 68 peratus keluar mengundi di Padang Serai

KULIM, 7 Dis: Sebanyak 68 peratus daripada 132,955 pengundi berdaftar bagi Parlimen Padang Serai keluar menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hari ini.

Menurut sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 46 pusat mengundi membabitkan 230 saluran dibuka bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.

“Peratusan keluar mengundi pada jam 9 pagi adalah sembilan peratus dan mencapai 19 peratus pada jam 10 pagi.

“Sebanyak 63 peratus direkod keluar mengundi setakat jam 4 petang dan 68 peratus sebelum pusat pengundian ditutup pada jam 6 petang,” katanya.

PRU-15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai diadakan hari ini selepas ditangguhkan apabila calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang, M. Karupaiya meninggal dunia pada 16 November lalu akibat serangan jantung.

Ia menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Azman Nasrudin, Hamzah Abdul Rahman (Pejuang), Sreanandha Rao (Bebas), Mohd. Bakri Hashim (Warisan), Dr. Mohamad Sofee Razak (PH) dan Datuk C. Sivaraj (Barisan Nasional).

Bagaimanapun, calon Warisan dan BN menarik diri lebih awal bagi menyatakan sokongan kepada calon PH. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan