Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Usahawan), Dr Ripin Lamat pada sidang media selepas mempengerusikan Perbincangan Meja Bulat di Kuching pada Rabu. Foto: TVS

MYSED jalin kerjasama dengan IPT perkasa pembangunan usahawan belia

KUCHING, 7 Dis: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) terus komited menggerakkan usahanya melaksanakan program keusahawanan melibatkan golongan belia di Sarawak.

Inisiatif melibatkan kolaborasi dengan 14 institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi melaksana serta menjayakan program pembangunan dan pengembangan usahawan tahun depan.

Menteri Muda Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Pembangunan Usahawan) Dr Ripin Lamat berkata setakat ini MYSED telah mempromosikan keusahawanan dalam kalangan belia menerusi pelbagai program yang dirangka.

Menurutnya program tersebut turut dilaksanakan bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

“Untuk program tahun 2023 memang kita merancang beberapa program dengan pihak MINTRED dan SEDC serta semua IPT yang terlibat sebab kita nampak program kita ada persamaan,

“Perlu ada satu kolaborasi supaya apa yang dirancang di setiap program pembangunan usahawan di IPTA agar IPTA dan wawasan MYSED bergerak selari supaya kita mencapai sasaran yang kita rancangkan untuk pembangunan usahawan khasnya di negeri Sarawak,” katanya.

Dr Ripin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Perbincangan Meja Bulat (RTD) antara MYSED dan IPT awam dan swasta di sebuah hotel terkemuka, di sini pada Rabu.

“Perbincangan ini bertujuan mendapatkan input dan maklum balas berkaitan program keusahawanan yang dilaksanakan di peringkat institusi pengajian tinggi,” katanya lagi.

Menurut Dr Ripin, antara lain yang dibincangkan adalah perancangan untuk menganjurkan aktiviti usahawan belia siswa yang dijangka berlangsung pada tahun 2023.

Mengulas lanjut katanya, walaupun pihak institusi pengajian tinggi memiliki program khusus dalam pembangunan usahawan belia, namun ia dilihat mampu digerakkan dengan lebih aktif dan agresif dengan penglibatan bersama MYSED terutama dalam pelaksanaan program susulan.

Di peringkat MYSED, pihaknya telah memperkenalkan program Youth Entrepreneur Setup (YES) bagi memberi pendedahan awal kepada belia dalam bidang keusahawanan.

Selain YES & Financing, MYSED turut mengadakan bengkel Kek Lapis Premium, Jom Jadi Taukey, Belia Kitchen & Entrepreneur, Belia Burgerpreneur (SEDC), JUMS Start Bisnez (SABERKAS) dan Roombark Bundle (DUBS). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan