Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Semua rampasan dianggarkan bernilai hampir RM3 juta melibatkan hasil tangkapan laut seberat 900 kilogram, bekalan diesel, bot dan peralatan menangkap ikan. Foto: TVS

Maritim tahan dua bot bersama 19 kru nelayan Vietnam

KUALA TERENGGANU, 7 Dis: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan dua bot nelayan asing Vietnam bersama 19 kru kerana menangkap ikan dalam perairan negara tanpa kebenaran pada Isnin lalu.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kapten Maritim Khairulanuar Abdul Majid berkata, dua bot tunda ganding itu dithan pada jam 10.15 malam, kira-kira 135 batu nautika dari Muara Kuala Terengganu.

Beliau berkata, kehadiran bot nelayan Vietnam yang ketika itu leka menangkap ikan berjaya dikesan kapal maritim yang sedang melaksanakan OP Kuda Laut dan OP Naga Barat.

Bot pertama yang ditahan dikendalikan 14 kru termasuk tekong manakala bot kedua dikendalikan lima kru bersama tekong.

Semua rampasan dianggarkan bernilai hampir RM3 juta melibatkan hasil tangkapan laut seberat 900 kilogram, bekalan diesel, bot dan peralatan menangkap ikan.

Khairulanuar berkata, semua kru berusia antara 16 hingga 62 tahun bersama bot yang ditahan dibawa ke jeti Maritim Negeri Terengganu untuk siasatan lanjut.

Beliau juga berkata, proses membawa bot tahanan mengambil masa lebih 35 jam kerana cuaca buruk susulan musim Monsun Timur Laut.

“Tidak boleh dinafikan keadaan Monsun Timur Laut sekarang ini yang membuatkan bot kita kurang ke laut tetapi mereka mempunyai bot yang lebih besar dan mampu datang ke kawasan kita ini dalam keadaan laut tidak menentu. Namun, kita tidak akan berkompromi dan kita tetap akan melaksanakan operasi menangkap mereka yang mencuri hasil laut negara,” katanya.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara tanpa kebenaran daripada Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/1963 kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

Setakat ini Maritim Terengganu telah berjaya menahan 30 bot nelayan asing dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM45 juta termasuk bot tahanan, peralatan menangkap ikan, hasil ikan dan diesel. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan