Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak penganjur bergambar dengan pihak Pengurusan Masjid Darul Hana Patingan Kampung No. 6, Satok. Foto: UNIMAS.

Kerjasama PPU, MASTI hulur sumbangan kepada pusat tahfiz

ByElani Rosllan

KUCHING, 7 Dis: Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) dengan kerjasama Majlis Persatuan Pentadbir IPTA Malaysia (MASTI) telah menganjurkan Program International Administrator Dialogue (IAD) 2022 yang bertemakan ‘Empowering Professional Administrator Globally’ pada 3 hingga 4 Disember 2022 di Waterfront Hotel, di sini.

Antara aktiviti yang dilaksanakan di bawah program tersebut adalah Program Khidmat Masyarakat yang telah diadakan di Anjung Masjid Darulhana Patingan, Kampung No. 6 Satok dan Kampung Endap, Kota Samarahan pada 4 Disember lepas.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi sumbangan bahan-bahan bacaan yang diterima daripada Pustaka Negeri Sarawak dan peserta program IAD yang terdiri daripada wakil universiti awam, kakitangan UNIMAS dan pihak luar.

Menurut Presiden MASTI, Yang Mulia Raja Shah Erman Raja Arifin, hasil sumbangan telah diserahkan kepada Digital Community Centre (DCC) Darulhana.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada PPU kerana telah memberi sumbangan bahan bacaan dan juga sumbangan dalam bentuk wang tunai dan bakul makanan daripada warga UNIMAS untuk disumbangkan kepada Pondok Hidayatul Mubtadi’ien Wa Tahfidzul Quran Datuk Kadir Hassan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pihak MASTI kata beliau turut menyumbangkan sejumlah wang tunai yang diharap dapat memberi manfaat dan meringankan beban operasi harian pusat tahfiz itu.

Selain itu, Program Pengukuhan Pentadbir melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) juga merupakan salah satu program yang sering dianjurkan bertujuan untuk mendukung aspirasi MASTI dalam memberi impak yang bermakna kepada komuniti setempat selain membantu masyarakat sekitar meneruskan kehidupan seharian dalam meningkatkan kualiti daya hidup yang kondusif.

Turut serta dalam kerjasama ini adalah Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan Business Event Sarawak (BES) yang telah menaja Program International Administrator Dialogue (IAD) 2022 itu di Waterfront Hotel pada 3 Disember 2022 serta jamuan minum pagi bagi program khidmat masyarakat di DCC. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan