Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Usahawan muda dari Batu Pahat, Johor, Anas Hairi mempromosikan produk pewangi topi keledar Freshink di festival SIBW, Sibu pada hujung minggu lalu. Foto: TVS

Freshink, pewangi topi keledar alaf baru kini di pasaran tempatan

SIBU, 7 Dis: Pewangi topi keledar alaf baru jenama Freshink yang baharu diperkenalkan di pasaran tempatan kini semakin mendapat sambutan dalam kalangan penunggang motosikal di Sibu.

Jemputan penganjur Sibu International Bike Week (SIBW) telah memberi kesempatan kepada seorang usahawan muda yang berasal dari Batu Pahat, Johor, Anas Hairi untuk mempromosikan produk pewangi itu tepat pada masanya dan ia juga pertama kali di perkenalkan di Sarawak semasa festival SIBW pada hujung minggu lalu.

Usahawan tempatan perkenal pewangi topi keledar

“Kita telah diundang untuk membawa produk topi keledar Freshink iaitu produk topi keledar alaf baru ke festival SIBW. Mungkin ramai tertanya-tanya mengenai produk ini dan ia merupakan produk pilihan untuk semua penunggang motosikal yang berada di luar sana. Jadi, bagi pelanggan yang berada di Sibu anda boleh mendapatkan produk pewangi topi keledar Freshink ini di Acryl Ariana, pembekal pertama di Sarawak.

“Sempena pelancaran produk Freshink di Sarawak kita pertama kalinya dijemput untuk mempromosikan produk Freshink ini ke pasaran Borneo dan kita juga dijemput oleh penganjur SIBW baru-baru ini dengan harga yang istimewa RM28 sebotol,” katanya.

Di samping itu, beliau juga ingin memberi peluang kepada belia-belia untuk terlibat sama menceburi peluang perniagaan dengan menjadi ejen Freshink.

“’Kita juga ingin memberi peluang kepada para belia untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Jadi sesiapa yang sedang mencari peluang perniagaan, Freshink adalah produk perniagaan yang tidak memerlukan modal yang terlalu tinggi. Setakat ini kita mempunyai sebanyak 40 ejen kerana produk ini baharu dilancarkan pada bulan Julai 2022 di program ‘Art of Speed’ MAEPS, Serdang sekitar enam bulan dalam pasaran,” katanya lagi.

Beliau juga berkata, pewangi topi keledar Freshink diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak mengandungi alkohol, mesra rambut dan fungsi utamanya untuk menghilangkan bau pada topi keledar dengan cepat.

“Perkara yang paling menarik, fungsi utama produk ini adalah meneutralisasikan semula bau yang ada dalam topi keledar, jaket, sarung tangan dan kasut. Ia sesuai untuk semua jenis kain atau fabrik terutamanya topi keledar. Jadi, untuk mendapatkan Freshink ini, anda boleh mendapatkannya di stokis pertama kami di Sarawak, Acryl Ariana Resources, 22A Jalan Awang Ramli Amit, Sibu,” ujarnya lagi.

Di samping itu, belia-belia di Sibu juga menyambut baik penggunaan pewangi topi keledar Freshink yang berkesan untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan pada topi keledar.

Bagi seorang pelajar, Alwyn Maxileus Saka,16, berkata, penggunaan pewangi topi keledar Freshink sangat berkesan untuk pemakaian topi keledar yang lebih selesa.

“Baunya wangi, tidak terlalu kuat dan ia juga boleh digunakan untuk kasut selain untuk topi keledar. Apabila sudah menggunakan Freshink ini, topi keledar menjadi selesa untuk dipakai kerana baunya telah hilang. Produk ini juga boleh dikongsikan kepada kawan-kawan agar membelinya untuk keselesaan masing-masing,” kata salah seorang pelanggan pewangi topi keledar Freshink itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan