Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota yang terlibat dalam Operasi Bersepadu ESSCOM melakukan pemeriksaan. Foto ESSCOM.

ESSCOM tahan 19 PATI di Lahad Datu

LAHAD DATU, 7 Dis: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menahan seramai 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu pelbagai jabatan bagi tempoh minggu pertama bulan ini.

Komander ESSCOM, DCP Datuk Hamzah Ahmad berkata, dalam tempoh dari 1 hingga 6 Disember lalu seramai 1,331 pemeriksaan fizikal terhadap individu, 205 kenderaan serta 486 rumah dan premis telah dilaksanakan.

Menurutnya, sebanyak 26 keping saman trafik dan lima saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jumlah nilai rampasan dalam operasi itu adalah sebanyak RM 2,002 membabitkan rokok seludup,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hamzah berkata, sebanyak 14 kompaun juga dikeluarkan oleh Majlis Daerah Lahad Datu atas kesalahan tidak memiliki lesen perdagangan dan pengendalian makanan selain tindakan pemotongan penyambungan wayar elektrik haram.

Kesemua PATI ditahan mengikut peruntukan Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 sebelum diusir pulang ke negara asal.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan