Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah hadir pada majlis Sarawak Tourism’s Next Gen Digital Platform di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini. Foto: TVS

Sarawak lancar aplikasi digital berteras VR dan AR promosi pelancongan

ByRegina Lee

KUCHING, 6 Dis: Kerajaan Sarawak melancarkan Portal dan Aplikasi Pelancongan Sarawak yang baharu bagi mempromosikan sektor berkenaan di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, aplikasi baharu itu ditambah baik apabila dilengkapi dengan teknologi realiti maya (VR) dan teknologi realiti tambahan (AR).

Kata beliau, bagi memacu sektor pelancongan, pemain industri serta kerajaan perlu berusaha untuk mewujudkan pengalaman yang berkualiti kepada pelancong secara dalam talian dan seterusnya akan ‘menarik’ minat mereka berkunjung ke Bumi Kenyalang.

“Kita akan meneruskan evolusi berikutnya dalam mempromosikan Sarawak dengan menggabungkan laman web pelancongan di Sarawak dengan Portal dan Aplikasi Pelancongan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sarawak Tourism’s Next Gen Digital Platform di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Sejak kali pertama dilancarkan pada Februari 2020, Portal dan Aplikasi Pelancongan Sarawak telah melalui proses naik taraf yang berterusan dengan melibatkan empat modul kandungan baharu iaitu Laman Pemandangan, Taman Negara dan Rizab Alam Semula Jadi, Jejak Makanan dan modul permainan interaktif.

Abdul Karim berkata, berikutan portal dan aplikasi berkenaan mempunyai ciri VR dan AR, pengguna kini mempunyai ‘kawalan sepenuhnya’ terhadap apa yang ingin dilihat.

“Ini termasuklah budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan dan Festival Sarawak (CANFF) secara menyeluruh dengan pandangan 360 darjah menggunakan teknologi VR,” katanya.

Sementara itu beliau memberitahu, aplikasi berkenaan turut ditambah satu lagi ciri baharu iaitu keupayaan geofencing  yang memberi notifikasi tempat pelancongan yang berhampiran dengan lokasi mereka.

Platform digital itu dimajukan menerusi kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Budaya Sarawak dengan Sarawak Multimedia Authority (SMA), Sarawak Tourism Board (STB) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Kini ia boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple Store. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan