Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Penutupan STIDC-FSRD ITB Furniture Design Training Program di Bandung, Indonesia. Foto UKAS.

Sarawak bakal lahirkan pereka perabot bertaraf dunia – Abang Johari

ByNina Azman

KUCHING, 6 Dis: Program Sarawak Young Designers (SayD’SignersSarawak) diyakini akan mampu untuk melahirkan pereka perabot bertaraf dunia dari Sarawak, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, setakat ini program berkenaan telah melahirkan seramai 26 pereka muda yang telah tamat latihan di Institut Teknologi Bandung (ITB), Indonesia pada 2019.

“Sehubungan itu, program ini mampu memberi impak yang baik terhadap pembangunan industri perkayuan di Sarawak sekali gus menyumbang kepada visi kerajaan negeri yang mensasarkan peningkatan eksport perabot sehingga RM6 bilion menjelang 2030,”katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sempena Majlis Penutupan STIDC-FSRD ITB Furniture Design Training Program di Bandung, Indonesia.

Berkenaan program itu, Abang Johari memberitahu, Kerajaan Sarawak menerusi Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan anak syarikatnya, Saradec telah bekerjasama dengan ITB untuk tahun kelima.

Program ini khusus untuk lepasan universiti tempatan yang berminat untuk mengikuti latihan perusahaan pembuatan perabot di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan