Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tunku Azizah berkenan menghadiahkan keringkam perkahwinan milik baginda kepada pihak Muzium Sarawak selepas merasmikan Lembaran Emas Siri 2: Simposium Tekstil Borneo 2022 hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Permaisuri Agong hadiahkan Keringkam Sarawak milik baginda kepada Muzium Sarawak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 6 Dis: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menghadiahkan Keringkam Sarawak milik baginda kepada Muzium Sarawak untuk dipamerkan kepada umum.

Tunku Azizah bertitah, keringkam itu yang sudah berusia 36 tahun diterima baginda sebagai salah satu hadiah perkahwinan.

Permaisuri Agong hadiahkan keringkam kepada Sarawak

Titah baginda, keringkam tersebut mempunyai nilai seni yang tinggi dan perlu dihargai oleh generasi baharu supaya tidak lupa untuk memartabatkan keindahan seni tenunan kain.

“Ini merupakan salah satu daripada 16 dulang hadiah perkahwinan yang diterima ketika saya berkahwin.

“Memandangkan ia merupakan Keringkam Sarawak, hari ini saya mahu menyerahkan kepada Kerajaan Sarawak untuk dipamerkan di muzium,” titah baginda pada Majlis Perasmian Lembaran Emas Siri 2: Simposium Tekstil Borneo 2022 di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sementara itu, Tunku Azizah turut bertitah, industri tekstil di Malaysia semakin berkembang pesat serta mampu meningkatkan nilai eksport.

“Justeru peluang perlu diambil untuk mempromosikan tekstil komuniti di negara ini ke persada dunia,” titah baginda. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan