Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Badan Amal Latter-Day Saints (LDS) menyumbangkan peralatan perubatan bernilai RM1.28 juta kepada 152 klinik desa di Sarawak. Foto: TVS

LDS sumbang peralatan perubatan bernilai RM1.28 kepada Klinik Desa di Sarawak

KUCHING, 6 Dis: Badan Amal Latter-Day Saints (LDS) menyumbangkan peralatan perubatan bernilai RM1.28 juta kepada 152 Klinik Desa di Sarawak.

Wakil Badan Amal LDS, Elder Roger Baer menyerahkan sumbangan kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak, Dr Ooi Huck pada majlis ringkas yang diadakan di bangunan lama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Jumaat.

Turut hadir menyaksikan penyerahan tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak yang juga merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Sumbangan tersebut merupakan peralatan kesihatan penjagaan kesihatan ibu, penjagaan kesihatan bayi dan kanak-kanak, kecemasan, penjagaan kritikal dan pengesanan awal penyakit.

Majlis penyerahan bertema ‘Hope Project: Touching More Lives” diwujudkan melalui Rotary Club of Bintulu Central (RCBC) yang diketuai oleh Presiden Allen Wong Chin Seng.

Hadir sama ialah mantan Gabenor Daerah Kelab Rotary, Datuk Zainie Abdul Aucasa, PDG Andre Suharto dan PDG Dolly Yeap. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan