Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui yang menerima Anugerah Khas Tertinggi Datuk Bandar 2021/2022. Foto: TVS

Jasa Peter Chin angkat Miri jadi bandaraya diktiraf, terima Anugerah Khas Tertinggi Datuk Bandar Miri

MIRI, 6 Dis: Jasa bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui mengangkat Miri menjadi sebuah bandaraya pada tahun 2005 diiktiraf selepas dipilih menerima Anugerah Khas Tertinggi Datuk Bandar Miri 2021/2022.

Penyampaian Anugerah Datuk Bandar Miri 2021/2022 diadakan buat kali ke-4 sejak pertama kali dianjurkan pada tahun 2018 oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Antara kategori anugerah yang disediakan pada tahun ini ialah Anugerah Khas Tertinggi Datuk Bandar, Anugerah Khas Datuk Bandar, Keselamatan, Belia, Kebudayaan, Kesenian, Promosi Sukan dan Bakat, Promosi Pelancongan, Kebajikan, Kesihatan, Persekitaran, Pendidikan, Korporat dan Amalan Keselamatan Industri.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, tujuan anugerah itu diadakan adalah bagi mengenal pasti, mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada setiap pihak yang bersama-sama membangunkan Miri.

“Baru-baru ini MBM juga telah menerima Anugerah Emas Bandaraya Lestari (Malaysia Timur) Majlis Pelancongan Malaysia 2022 atas usaha mempromosikan Miri di dalam dan luar Malaysia, ” katanya ketika berucap di majlis itu malam tadi.

Terdapat 28 penerima yang dianugerahkan untuk 11 kategori berbeza dan kriteria pemilihan mereka berdasarkan 17 elemen di bawah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Katanya, produk penjenamaan itu telah mendorong MBM untuk mempromosikan Miri di dalam Malaysia dan luar negara sebagai hab ekonomi yang cergas melalui jalinan hubungan yang lebih erat dengan negara jiran dalam penglibatan antara bandar dan inisiatif peluang perniagaan.

“Antara usaha yang dilakukan bagi memperkukuhkan hubungan dua hala antara MBM dengan bandar-bandar utama negara luar adalah seperti menjadi tuan rumah untuk sesi perhubungan bersama duta dan syarikat diplomatik dari 18 negara asing berpangkalan di negara Brunei Darussalam pada awal November lalu dan mempromosikan produk makanan Indonesia di Bintang Megamall pada Sabtu lepas.

“MBM juga telah menjemput delegasi Filipina yang diketuai oleh Romeo K. Salda, Datuk Bandar La Trinidad, Benguet sebagai permulaan kepada siri kerjasama dua hala dalam pelancongan, kebudayaan dan pertanian untuk kedua-dua bandar ini dan bandar lain di Filipina. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan