Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah. Foto: Bernama

COVID-19: 14,558 kes baharu dicatat pada ME48/2022 – KKM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Sebanyak 14,558 kes baharu COVID-19 dicatat sepanjang tempoh 27 November sehingga 3 Disember (Minggu Epidemiologi ke-48 tahun 2022 (ME48/2022 ), penurunan sebanyak 21.8 peratus daripada 18,606 kes pada minggu sebelumnya.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada jumlah tersebut kes tempatan berkurangan sebanyak 21.7 peratus iaitu 18,581 kes kepada 14,543 kes manakala kes import turun sebanyak 40.0 peratus iaitu 25 kes kepada 15 kes.

“Bilangan kes kematian pada ME 48/2022 meningkat sebanyak 12.7 peratus (55 kes kepada 62 kes),” kata KKM dalam satu kenyataan hari ini.

KKM juga memaklumkan nilai RT pada ME 48/2022 adalah 0.93 bagi seluruh negara.

Selain itu, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19) bagi setiap 100,000 penduduk turun sebanyak 22.1 peratus pada minggu sama berbanding minggu sebelumnya.

“Pesakit kategori 1 dan 2 turun sebanyak 24.6 peratus manakala pesakit kategori 3, 4, dan 5, menurun sebanyak 23.5 peratus,” menurut kenyataan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan