Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga atas pemergian abang Pengerusi Perikatan Nasional itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yassin, pada 9.50 pagi tadi.Foto Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anwar ucap takziah kepada Muhyiddin

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga atas pemergian abang Pengerusi Perikatan Nasional itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yassin, pada 9.50 pagi tadi.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Abdul Aziz, yang dilahirkan di Muar pada 27 Okt 1932, meninggal dunia pada usia 90 tahun dan jenazah beliau akan dimandi serta disolatkan di Masjid Muadz Ibn Jabbal, Kuala Lumpur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak petang ini.

Allahyarham pernah menjadi Ahli Parlimen Muar selama sepenggal selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-9.

Beliau juga pernah menjadi Ketua Bahagian UMNO Muar dari 1993 hingga 1995.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan