Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dari kiri: Zaiwin Kassim, Profesor Dato Dr. Abdul Rahman, Fuad Sapri (naib juara MFSC), Dato’ Seri Ahmad Khusairi, dan Dato Akmal Ibos. Foto: Koperasi Belia Inovatif Sarawak Berhad (KOBIS)

Anak Sarawak raih naib juara dalam Cabaran Jualan Online Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Anak Sarawak, Fuad Sapri salah seorang peserta pertandingan Malaysia FB Live Sales Challenge (MFSC) merangkul naib juara dengan hadiah wang tunai RM3,000 beserta piala manakala juara dimenangi Rayner Giun di Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Malaysia FB Live Sales Challenge (MFSC) yang diadakan di Premiera Hotel di sini, pada Ahad.

Pertandingan MFSC musim kedua itu telah berlangsung selama tiga bulan dengan seramai 50 peserta dari seluruh Malaysia bertanding untuk membuat jualan online terbanyak bagi memenangi hadiah utama.

Pertandingan berkonsepkan reality-show secara maya melalui platform sosial media itu menekankan kemahiran jualan dan pemasaran online yang turut menyediakan para peserta dengan pelbagai aktiviti bimbingan di sepanjang tempoh pertandingan.

Wakil penganjur dan Pengerusi Koperasi Belia Inovatif Sarawak Berhad (KOBIS) Berhad,  Zaiwin Kassim berkata, adalah menjadi harapan agar pertandingan itu dapat menarik minat anak muda menceburi bidang pemasaran dan jualan dalam talian, sekali gus meningkatkan digital ekonomi Malaysia.

“Saya berharap melalui pertandingan MFSC ini semakin ramai anak muda berminat untuk menceburi dan mengasah bakat dalam bidang pemasaran dan jualan online.

“Pastinya perkembangan positif ini akan merancakkan lagi agenda digital ekonomi di negara kita,” katanya.

Program hibrid ini turut mendapat sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, serta pelbagai agensi dan syarikat produk tempatan.

Selain Zaiwin Kassim, Majlis Penyampaian Hadiah MFSC turut dihadiri oleh Dato’ Seri Ahmad Khusairi dan Timbalan Presiden ANGKASA, Profesor Dato Dr Abdul Rahman serta Presiden 9 Teraju Malaysia, Dato Akmal Ibos.

Pertandingan MFSC yang mendapat sambutan hangat di media sosial turut disiarkan secara langsung melalui pelbagai saluran media lain dan dijangka akan diteruskan untuk musim ketiga pada tahun hadapan. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found