KUCHING, 5 Dis: Syarikat penjual kereta terpakai, YSH Motors Trading mengutamakan kepuasan pelanggan dalam proses pembelian kereta bersama mereka, malah melalui penggunaan pelbagai platform media sosial pada hari ini YSH berhasrat untuk memastikan urusan pembelian kereta dapat dilaksanakan dengan pantas dan mudah.
Syarikat yang berpangkalan di Sarawak itu memilih untuk berkomunikasi bersama pelanggan menggunakan aplikasi WhatsApp pada kebanyakan masa, selain perbincangan secara bersemuka.
Seorang pelanggan, Collin William, 48, berkata, penggunaan aplikasi WhatsApp menjadikan perbincangan untuk urusan pembelian dapat dilakukan dengan cepat dan mudah.
“Proses pembelian kereta di sini hanya mengambil masa lebih kurang 15 hari sahaja. Pihak YSH menghubungi saya menggunakan WhatsApp untuk menyatakan pinjaman saya telah diluluskan,” ujarnya.
Sebagai anak muda yang ingin membeli kereta buat pertama kali, Nurazwan Syah, 21, berkata, pihak YSH telah membimbingnya dari awal hingga akhir proses pembelian kereta termasuk mendaftar perlindungan cukai jalan.
Menurutnya, YSH Motors juga menitikberatkan kualiti dan kondisi kereta sebelum menyerahkannya kepada pelanggan.
“Kenderaan akan diperiksa terlebih dahulu sebelum menjualnya bagi mengenal pasti masalah sedia ada pada kereta.
“Mereka akan membaiki sebarang kerosakan terlebih dahulu termasuk membuang kesan calar pada kereta saya. Sememangnya puas hati,” katanya.
Menurut Pengarah Urusan YSH Motors, Yeo SH, selain perkhidmatan, pengukuhan kepuasan pelanggan adalah jaminan 100 hari yang ditawarkan syarikat itu.
Menurutnya, pelanggan akan mendapat jaminan bahawa komponen kereta seperti kotak gear, enjin dan pendingin hawa yang tidak berfungsi dengan baik dalam tempoh 100 hari selepas membeli kenderaan akan ditukar.
“Ini adalah antara produk yang membuatkan pelanggan terus mahu mendapatkan perkhidmatan kami.
“YSH juga akan melancarkan perkhidmatan jaminan wang dikembalikan tidak lama lagi. Sekiranya pelanggan yang telah membeli dan membuat pembayaran dalam tempoh tujuh hari tidak berpuas hati, kami akan memberikan semula wang mereka,” katanya.
Dalam pada itu, pihak YSH juga sering mengadakan promosi mengikut musim perayaan termasuk untuk Hari Krismas dan jualan akhir tahun akan datang.
Jelas Yeo, YSH Motors Trading menerima lebih 1,000 pelanggan dalam setahun dari seluruh kawasan di Sarawak termasuk Limbang dan Lawas.
Bagi memenuhi permintaan pelanggan dari kawasan Utara Sarawak, mereka telah membuka satu cawangan baru di bandaraya Miri.
Katanya, pelanggan di kawasan tersebut memberikan sokongan yang sangat baik kepada mereka dan menjangkakan pertumbuhan ekonomi yang jitu buat syarikat YSH Cawangan Miri.
YSH Motor Trading mempunyai empat cawangan yang dibuka di Kuching iaitu di Tun Jugah, Jalan Wan Alwi, Kota Samarahan dan Batu 3. -TVS