Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah rumah di Kampung Paloh, di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran pagi tadi. Foto BBP Tanjung Manis.

Wanita warga emas melecur dalam kebakaran di Tanjung Manis

TANJUNG MANIS, 5 Dis: Seorang wanita warga emas melecur di bahagian tangan dan kepala ketika menyelamatkan diri dalam kebakaran yang berlaku di rumahnya di Kampung Paloh, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis, Pegawai Bomba Tinggi (PBT) Wan Umar Alek berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 6.55 pagi tadi.

Katanya, sejurus menyedari rumah kayu yang didiaminya terbakar, mangsa bersama lima ahli keluarganya segera keluar dari rumah itu.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah satu tingkat yang musnah 100 peratus dan menyebabkan enam sekeluarga hilang tempat tinggal,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, tujuh anggota bomba dikerahkan ke lokasi yang memakan masa dua jam perjalanan menaiki bot.

“Kami dimaklumkan seramai 10 orang anggota Pasukan Bomba Komuniti Kampung Paloh tiba di lokasi lebih awal iaitu pada pukul 5.20 pagi.

“Pasukan Bomba Komuniti juga dibantu seramai 20 orang penduduk kampung telah menjalankan operasi pemadaman sehingga berjaya mengawal kebakaran itu,” jelasnya.

Beliau memberitahu, pasukan BBP Tanjung Manis yang tiba pada pukul 9.59 pagi seterusnya mengambil alih operasi pemadaman yang selesai pada pukul 11.20 pagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan