Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Foto Bernama.

TikTok jalin kerjasama dengan MCMC bendung kandungan provokatif

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Penyedia aplikasi TikTok akan menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Komunikasi Digital menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi membendung segera penyebaran kandungan berunsur provokatif serta ekstremis di media sosial.

Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, hasrat dan komitmen penyedia aplikasi itu dinyatakan dalam sesi perjumpaan beliau dengan pihak TikTok serta MCMC, petang tadi.

“Hasil perbincangan ini, pihak TikTok menyatakan hasrat dan komitmen untuk menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Komunikasi Digital melalui MCMC untuk segera membendung dan membanteras penyebaran kandungan berunsur provokatif dan bersifat ekstremis ini di media sosial yang mengganggu keharmonian pelbagai lapisan masyarakat.

“Insya-Allah, saya juga akan mengadakan beberapa lagi siri perjumpaan dengan penyedia platform media sosial yang lain bagi memastikan isu ini ditangani secara holisitik dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ahmad Fahmi berkata, perkara untuk membanteras isu penyebaran kandungan berunsur provokatif, menggugat keharmonian serta menyentuh sensitiviti kedudukan institusi Raja, agama dan bangsa dengan segera juga antara diberi penekanan dalam Mesyuarat Kabinet Khas dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pagi tadi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan