Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Makan Malam Ulang Tahun Emas Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Sarawak ke-50
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Makan Malam Ulang Tahun Emas Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Sarawak ke-50. Foto: Awang Azmil

Kerajaan Sarawak taja biasiswa perubatan kepada 40 pelajar UNIMAS setiap tahun

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 5 Dis: Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak menaja biasiswa kepada seramai 40 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) setiap tahun.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, walaupun ia memerlukan kos yang tinggi, namun usaha sedemikian amat diperlukan bagi mempertingkat dan menambah baik perkhidmatan penjagaan kesihatan di Sarawak.

“Kos yang agak besar bagi pelaksanaannya tetapi kita memerlukannya memandangkan kita mempunyai hospital di UNIMAS dan 40 kumpulan pertama bakal bergelar graduan tahun ini.

“Itu adalah graduan kumpulan pertama dan ia akan diteruskan lagi supaya nisbah antara doktor dan penduduk akan menjadi jurang yang lebih kecil dan kerajaan Sarawak dapat menyediakan kemudahan perubatan ke kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Emas Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Sarawak ke-50 di sini, malam tadi.

Turut hadir  isterinya, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Tambah Abang Johari, bagi meningkatkan kebolehcapaian penjagaan kesihatan yang berkualiti terutamanya di kawasan luar bandar, Sarawak memerlukan peruntukan tambahan perbelanjaan untuk penjagaan kesihatan.

“Dalam usaha untuk mencapai kesaksamaan dalam penjagaan kesihatan, Sarawak perlu mengutamakan pembangunan kemudahan penjagaan kesihatan di kawasan luar bandar.

“Kita juga memerlukan lebih ramai doktor dan kakitangan perubatan terlatih untuk menyediakan penjagaan perubatan yang berkualiti di kawasan tersebut,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan