Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gegaran berukuran 4.6 pada skala Richter itu mencetuskan gelombang tsunami di pulau Aeolian pada ketinggian kira-kira satu setengah meter, namun tidak sampai ke pantai, menurut Agensi Berita Itali (ANSA). Foto Reuters.

Itali dilanda gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi

ByBernama

ROM, 5 Dis: Gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi melanda pulau ikonik, Stromboli Itali pada Ahad.

Gegaran berukuran 4.6 pada skala Richter itu mencetuskan gelombang tsunami di Pulau Aeolian pada ketinggian kira-kira satu setengah meter, namun tidak sampai ke pantai, menurut Agensi Berita Itali (ANSA).

Gelombang ombak besar itu dilaporkan berpunca daripada serpihan bahagian dinding Sciara del Fuoco pecah lalu jatuh ke laut.

Penggera berbunyi di pulau itu dan menurut laporan Perlindungan Awam, tiada kerosakan dilaporkan.

ANSA melaporkan letusan daripada bahagian tenggara gunung berapi yang sangat aktif itu berterusan pada Isnin dengan lava mengalir ke laut dan tenggelam dalam kawasan perairan.

Amaran jingga dikeluarkan ekoran aktiviti gunung berapi manakala Jabatan Perlindungan Awam turut mengeluarkan amaran awal.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan