Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika melancarkan IJBEL jilid pertama pada Acara Perniagaan Ketiga Tribal Meet (Perhimpunan TriBE) minggu lepas. Foto: BESarawak

IJBEL manfaatkan pemain industri di Sarawak

KUCHING, 5 Dis: Jurnal Antarabangsa Acara Perniagaan dan Legasi (IJBEL) yang memaparkan warisan dan kemampanan alam sekitar di Sarawak dapat dimanfaatkan oleh pemain industri di sini.

Pengasas Place Borneo, Mona Abdul Manap berkata, IJBEL boleh digunakan untuk membuat perancangan perniagaan berdasarkan data yang dikumpul oleh penyelidik.

“Penyelidik juga akan bekerjasama dengan kami untuk mendapatkan input sebenar seperti perkara yang sedang berlaku atau perkara yang telah berlaku sebelum ini akan menghasilkan artikel yang akan diterbitkan dalam bentuk jurnal.

“Ini sangat bagus kerana sebagai ahli perniagaan, kami tidak akan mempunyai banyak masa untuk menjalankan penyelidikan sendiri,” katanya kepada TVS ketika ditemu bual secara dalam talian pada Jumaat lalu.

Idea bagi penerbitan ini telah dimulakan oleh BESarawak yang terletak di bawah seliaan pihak berkuasa pelancongan di bawah Kerajaan Sarawak.

Mona menambah, acara perniagaan berfungsi sebagai platform untuk menyediakan peluang-peluang baharu termasuk pasaran baharu yang boleh diteroka.

“Kami terlibat dengan perniagaan teknologi yang berpangkalan di Singapura dan sekiranya mereka mahu mengiklankan teknologi dihasilkan di Sarawak, syarikat boleh berfungsi sebagai satu cabang pengiklanan,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan