Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah (kanan) memberitahu, inisiatif penubuhan TTG akan diteruskan di Kuching, Bintulu dan Miri pada tahun depan. Foto TVS

Fatimah bangga inisiatif TTG ubah kehidupan gelandangan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 5 Dis: Dato Sri Fatimah Abdullah berbangga dengan kisah bekas gelandangan, Ani Mail yang berjaya mengubah hidupnya selepas menetap di Tempat Transit Gelandangan (TTG) Sibu.

Baca artikel berkaitan di sini:

  1. 1. Dahulu gelandangan, kini usahawan kraf tangan

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak berkata, ini menunjukkan usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri itu telah membuahkan hasil.

“Saya berharap agar Ani terus menjadi sumber inspirasi kepada gelandangan lain yang berlindung di TTG Sibu dan terus cekal menghadapi cabaran bergelar usahawan,” katanya kepada TVS hari ini.

Fatimah mengulas kisah Ani yang diselamatkan oleh kementeriannya selepas selepas 20 tahun hidup sebagai gelandangan di Sibu.

Wanita yang berasal dari Song itu kini bergelar usahawan kraf tangan apabila menggunakan kemahiran menganyam yang dimilikinya untuk menghasilkan pelbagai produk kraf yang dijual di beberapa stesen minyak di sekitar Sibu.

Sementara itu, Fatimah memaklumkan, kerajaan negeri akan meneruskan penubuhan TTG pada tahun depan.

“Tiga TTG akan diwujudkan di Kuching, Bintulu dan Miri bagi membantu gelandangan,” katanya.

Sebelum ini, beliau memberitahu, kementeriannya telah melakukan sebanyak 224 operasi di seluruh negeri sejak 2016 dan berjaya membantu seramai 513 orang gelandangan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan