Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penari dari Shilip Maitri Studio India turut memukau penonton dengan tarian Rajasthani Gumar pada malam kedua SIFMA di Kuching. Foto Mohd Rafiq (TVS)

SIFMA jadi pemangkin Sarawak anjur lebih banyak acara kebudayaan

ByNazirah Adlina

KUCHING, 4 Dis: Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran Festival Muzik dan Seni Antarabangsa Sarawak (SIFMA) mampu menjadi pemangkin kepada penganjuran lebih banyak konsert yang menonjolkan kepelbagaian budaya di sini.

Pada masa sama, Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri berkata, beliau gembira kerana seni tradisi Sarawak dapat ditonjolkan di pentas SIFMA pada tahun ini.

SIFMA 2022 tayang kepelbagaian budaya seni dan muzik

“Ini merupakan platform untuk menghimpunkan artis tempatan dan antarabangsa membuat persembahan secara langsung di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media selepas hadir menyaksikan konsert malam terakhir SIFMA 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Yang turut hadir, isterinya, Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan II, Datuk Snowdan Lawan.

Selain itu, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datu Hii Chang Kee dan Pengerusi SIFMA, Dr. Geraldine Law-Lee turut hadir.

Bertemakan ‘Music That Illuminates’, persembahan tahun ini menampilkan artis dari beberapa negara termasuk Malaysia, Belgium, India, Filipina dan Jepun yang memukau penonton dengan alunan muzik dan seni masing – masing.

Persembahan malam kedua juga turut menyaksikan penampilan pemain piano terkenal dari Belgium, Dr Gilbert De Greeve dan pasukan Chamber Choir dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Masashi Kishimoto.

Penonton juga terhibur dengan persembahan tarian yang ditampilkan oleh Halili Cruz School Of Dance dari Filipina manakala Shilip Maitri Studio dari India pula memukau dengan tarian Rajasthani Gumar.

Pada tahun lepas, SIFMA dianjurkan secara hibrid yang menggabungkan persembahan secara fizikal dan dalam talian yang disiarkan secara langsung di beberapa lokasi berbeza. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan