Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada sidang media selepas merasmikan Pertandingan Badminton Piala Abang Jo 2022 di sini hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

PM setuju Sarawak perlu miliki Tabung Amanah Pembangunan Persekutuan

ByAkma Salleh

KUCHING, 4 Dis: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Persekutuan secara prinsipnya bersetuju terhadap cadangan supaya Sarawak mempunyai Tabung Amanah Pembangunan daripada Putrajaya.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, perkara itu telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan mereka di ibu negara semalam.

“Saya berbincang dengan Perdana Menteri supaya kita mempunyai pendekatan baharu dalam pentadbiran membabitkan kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.

Abang Johari bincang dana amanah bersama PM

“Perdana Menteri setuju supaya pembangunan di Sarawak perlu mempunyai dana dari Semenanjung Malaysia, (perkara ini) akan dilihat semula,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir merasmikan Dewan Persatuan Badminton Sarawak dan Kejohanan Badminton Piala Abang Jo 2022 di sini hari ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada sidang media yang diadakan di gelanggang Persatuan Badminton Sarawak (SBA) di Jalan Lapangan Terbang bagi Pertandingan Piala Abang Jo 2022 di sini. Foto: Akma Salleh (TVS)

Yang turut hadir, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menghuraikan lebih lanjut pendekatan baharu berkenaan, Abang Johari berkata, sekiranya Kerajaan Persekutuan memperuntukkan dana pembangunan berjumlah RM4 bilion kepada Sarawak, jumlah itu akan dimasukkan ke dalam tabung berkenaan di Sarawak.

“Pelaksanaannya kalau boleh, ditentukan di Sarawak di bawah Kementerian Kewangan.

“Ini merupakan satu pendekatan yang agak baharu namun rangka kerjanya boleh ditentukan oleh jawatankuasa membabitkan Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan