Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasangan kembar seiras, Syahrullah (baju hijau) menduduki tempat pertama dan adiknya, Hazarullah (baju hitam) menduduki tempat kedua bergambar bersama peserta lain semasa Program Unity Run 4.0 di Sarikei hari ini. Foto: TVS

Pasangan kembar seiras tampil unggul pada acara larian perpaduan di Sarikei

SARIKEI, 4 Dis: Pasangan kembar seiras memukau pengunjung Pesta Nanas dan Buah-Buahan selepas mengenepikan cabaran lebih 1,000 peserta lain sebelum berjaya mengungguli acara larian perpaduan di Sarikei, hari ini.

Baca artikel berkaitan di sini:

  1. 1. Lebih 1,000 peserta sertai Unity Run 4.0 di Sarikei

Syahrullah Safri, 24 dan adiknya, Hazarullah, 24 masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua setelah berjaya menamatkan larian dalam tempoh 15.21 saat dan 15.53 saat.

Syahrullah berkata ia bukan kejayaan pertamanya kerana sebelum ini anak jati Saratok itu pernah menjuarai Larian Juara KPJ Cancer Awareness Run 10km, tempat keempat kategori Malaysia dan tempat kelapan kategori terbuka lelaki dalam acara 42km di Kuching Marathon.

Larian perpaduan pasangan kembar seiras tampil unggul

“Sebenarnya saya tidak sangka saya akan menjadi juara. Berkat latihan yang konsisten, ia telah membuahkan hasil yang baik. Program Unity Run 4.0 ini merupakan program yang kedua saya sertai di Sarikei, Alhamdulillah menjadi juara,” katanya ketika ditemui pemberita di Sarikei, hari ini.

Sementara itu, Hazarullah yang menduduki tempat kedua pula pernah mengejutkan perserta lain apabila menjuarai 30km Kuching Momentum Run 2022 dan larian 21km di Betong.

“Saya hanya bermula daripada program larian 5km sehingga timbulnya minat dalam larian. Saya mempunyai sasaran tersendiri pada tahun depan untuk berlari jarak yang lebih jauh. Rutin harian saya adalah turun kerja dan balik kerja pukul 4.00 petang, kemudian berlatih dalam pukul 5.00 petang di Kompleks Sukan Saratok,” katanya.

Untuk rekod, Syahrullah juga pernah menjuarai Benak Road Trail Run 10km di Sri Aman manakala, Hazarullah menduduki tempat yang kedua bagi acara yang sama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan