Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peserta terdiri daripada pelbagai kaum menyertai Program Larian Perpaduan 4.0 di Sarikei pada hari ini. Foto: TVS

Lebih 1,000 peserta sertai Unity Run 4.0 di Sarikei

SARIKEI, 4 Dis: Penganjuran Larian Perpaduan (Unity Run 4.0) sempena Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei mendapat sambutan luar dugaan dengan penyertaan lebih 1,000 peserta pada hari ini.

Pengerusi Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei, Felicia Tan Ya Hua. Foto: TVS

Pengerusi Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei, Felicia Tan Ya Hua berkata, program itu bermatlamat mengekalkan semangat perpaduan dan bekerjasama antara pelbagai kaum di daerah Sarikei dan menerapkan amalan gaya hidup sihat dan cergas.

Semarak perpaduan melalui acara larian

“Saya melihat Unity Run 4.0 ini mendapat sambutan yang hebat daripada masyarakat setempat di seluruh bahagian Sarikei dan Sarawak kerana peserta terdiri daripada pelbagai kaum tidak kira peringkat umur. Ia juga mampu meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, penyertaan pelbagai kaum itu menyerlahkan lagi keunikan Sarikei yang sememangnya terkenal dengan jolokan pengeluar makanan Sarawak.

Program anjuran Pejabat Daerah Sarikei dengan kerjasama Kelab Unisport dan Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Sarikei itu berjaya menarik penyertaan seramai 1,150 orang peserta.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan