Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh menghadiri Majlis Penangguhan Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei 2022 di Sarikei pada hari ini. Foto: TVS

Jualan Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei lebihi sasaran, capai RM3.5 juta

SARIKEI, 4 Dis: Jualan di Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei melebihi sasaran iaitu sekitar RM3.5 juta umpama sinar baharu kepada peniaga tempatan di sini.

Melihat kepada sambutan positif daripada orang ramai yang hadir, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata lebih membanggakan apabila jumlah jualan keseluruhan pesta itu telah melebihi sasaran yang dijangkakan oleh penganjur.

Pesta nanas dan buah buahan angkat ekonomi Sarikei

“Sasaran jualan adalah RM 2.5 juta tetapi sekarang dianggarkan sudah mencapai  RM3.5 juta. Ini bermakna lebih dari RM1 juta daripada yang disasarkan tetapi yang lebih menarik pertukaran perniagaan di pekan Sarikei ini dikumpulkan sekali.

“Kedai yang lain apabila kita dapat anggarkan, pertukaran perniagaannya lebih kurang RM5 juta hingga RM6 juta,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Penangguhan Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei 2022 di Sarikei, hari ini.

Menurutnya, angka positif itu direkodkan sejak hari pertama pesta berkenaan bermula iaitu pada 26 November hingga ke hari ini.

Len Talif berkata sejajar dengan objektif pesta untuk mempromosikan bahagian Sarikei sebagai destinasi agropelancongan, program itu juga berupaya meningkatkan sosioekonomi rakyat melalui pelbagai aktiviti keusahawanan, jualan dan promosi produk.

“Ini merupakan satu-satunya matlamat kita untuk mengadakan program seperti ini supaya ekonomi kita berkembang,” tegasnya.

Dengan perkembangan ekonomi setempat ke arah baik kata Len Talif lagi sekali gus akan meningkatkan struktur ekonomi Sarawak.

“Memandangkan program ini melibatkan semua pihak tidak kira usia,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan