Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri bercakap pada sidang media di IPD Sibu hari ini. Foto TVS

Enam wanita antara ditahan Polis Sarawak terlibat pertaruhan Piala Dunia

SIBU, 4 Dis: Enam wanita merupakan antara 22 individu yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam pertaruhan haram Piala Dunia Qatar 2022.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, kesemua suspek yang berusia antara 18 hingga 53 tahun itu ditahan menerusi ‘Op Soga IX’ yang bermula sejak 19 November lepas sehingga semalam.

Berdasarkan pecahan tangkapan katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu merekodkan jumlah paling ramai iaitu enam suspek dan diikuti oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dengan lima suspek.

“Tiga suspek pula masing-masing ditahan oleh IPD Kuching dan Padawan manakala dua suspek diberkas oleh IPD Miri,” katanya pada sidang media di IPD Sibu hari ini.

Menurut beliau, IPD Sibu, IPD Sarikei dan IPD Kota Samarahan masing – masing  turut menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan berkenaan.

“Sebanyak 20 kertas siasatan dibuka di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Daripada 20 jumlah itu, dua telah dituduh di mahkamah,” katanya.

Mohd. Azman memberitahu, wang tunai berjumlah RM3,983 bersama telefon bimbit, komputer riba, komputer dan 25 keping kertas jadual Piala Dunia 2022 termasuk kertas pertaruhan turut dirampas dalam kesemua operasi itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan