Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy. Foto: YB Andi

BN Sabah wajar diberikan jawatan menteri

TAWAU, 4 Dis: UMNO Kalabakan berharap Kabinet Kerajaan Perpaduan yang baharu dibentuk dapat ditambah baik melalui pertambahan Ahli Parlimen Sabah dari Barisan Nasional (BN), kata Ketuanya, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kalabakan berkata, pertambahan wakil rakyat Sabah menganggotai Kabinet kerajaan sangat perlu memandangkan geografi negeri itu yang besar dan pembangunannya juga masih jauh ketinggalan.

“Saya berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menambah baik semula barisan Kabinet dengan memasukkan beberapa Ahli Parlimen daripada Sabah supaya ia dilihat seimbang dan inklusif,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Katanya, Perdana Menteri perlu membuat pertimbangan melantik Ahli Parlimen BN Sabah bagi mengimbangi komposisi jawatan menteri yang meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Andi berkata, Sabah hanya diberikan dua portfolio kementerian sahaja iaitu daripada Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) yang kedua-duanya berada di bahagian Pantai Barat Sabah iaitu Parlimen Papar dan Penampang.

“Perdana Menteri perlu mempertimbangkan pemberian jawatan menteri kepada Ahli Parlimen dari Pantai Timur Sabah khususnya daripada parti BN,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), BN Sabah memenangi tujuh kerusi iaitu Parlimen Kinabatangan, Kimanis, Pensiangan, Putatan, Beaufort, Libaran dan Kalabakan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan