Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Mohammad Razi Sitam menyampaikan sijil tamat pengajian kepada salah seorang kanak-kanak di Majlis Konvokesyen SeDidik Zon Sibu

27 buah Tadika SeDidik di Sarawak melatih kanak-kanak OKU

ByFarah Diyana Samsuddin

SIBU, 4 Dis: Sejumlah 27 buah Tadika SeDidik daripada 98 buah di seluruh negeri ini kini melatih seramai 63 kanak-kanak berkeperluan khas.

Angka berkenaan kata Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Mohammad Razi Sitam merangkumi 19 orang kanak-kanak yang mempunyai kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dan 44 orang lagi masih di dalam proses pendaftaran.

Menurut beliau, data terkumpul yang diperoleh kementeriannya direkodkan setakat 13 Oktober yang lalu.

“Sebelum ini SeDidik tidak mengambil kanak-kanak berkeperluan khas kerana tiada pendidik terlatih dan kekurangan prasaranan yang sesuai,” katanya.

Mohammad Razi berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Konvokesyen SeDidik Zon Sibu di RH Hotel, di sini, hari ini.

Jelas beliau SeDidik kini mengamalkan dasar terbuka atau ‘open policy’ yang merupakan dasar inklusiviti yang bermaksud menerima kanak-kanak termasuk kanak-kanak yang berkeperluan khas.

“Sejajar dengan polisi baharu ini, kementerian bersama SeDidik telah mengenal pasti rakan strategik iaitu Pusat Genius Kurnia, OSEIC Sarawak dan Persekutuan Orang Pekak Malaysia dalam merangka kurikulum latihan pendidik dan pengasuh agar mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran bersesuaian untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas ini,” jelasnya.

Mohammad Razi memberitahu latihan ini disasarkan kepada semua pendidik dan pengasuh SeDidik iaitu seramai 136 orang di seluruh negeri ini.

“Menjadi harapan kita agar semua pendidik dapat memanfaatkan peluang ini dalam usaha kita dapat membantu kanak-kanak berkeperluan khas agar tidak ketinggalan dalam pendidikan bermula dari Tadika,” tegasnya.

Terdahulu majlis konvokesyen meraikan seramai 86 orang kanak-kanak dari 11 buah pusat SeDidik Zon Sibu menerima sijil tamat pengajian masing-masing.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan