Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang awam yang ditemui TVS hari ini. Foto: TVS

Warga Sarawak harap Kabinet baharu dapat bangunkan ekonomi negara

KUCHING, 3 Dis: Pelbagai harapan dilontarkan rakyat Malaysia susulan pengumuman barisan Kabinet baharu yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Rata-rata orang awam di sekitar Kuching menzahirkan harapan mereka agar menteri-menteri yang dilantik akan melaksanakan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh bagi membangunkan ekonomi negara.

Rizal Sarbini. Foto: TVS

Seorang penjawat awam, Rizal Sarbini, 45, berharap ahli Kabinet baharu akan menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh agar dapat membangunkan ekonomi di Malaysia.

“Berkenaan Kabinet baharu, saya berharap ahli Kabinet dapat membangunkan dan mentadbir negara dengan baik kerana ekonomi di Malaysia sekarang kurang memberangsangkan. Ahli Kabinet perlulah bekerja dengan bersungguh-sungguh agar dapat mengelakkan perkara yang tidak baik berlaku di negara kita. Alhamdulillah ada wakil menteri dari Sarawak, saya berterima kasih kepada Perdana Menteri yang sebulat suara memilih Dato Sri Fadillah kerana beliau memang berkelayakan untuk dipilih dalam barisan Kabinet ini,” katanya ketika ditemui TVS pada hari ini.

Rosli Hidin. Foto: TVS

Sementara itu, seorang pemandu bot pelancong, Rosli Hidin, 72, pula berharap barisan Kabinet baharu akan menunaikan segala janji yang telah dijanjikan kepada rakyat Malaysia.

“Barisan Kabinet baharu ini memang cukup baik kerana diatur dengan teliti. Selain itu, janji yang telah ditabur kepada rakyat perlulah ditunaikan dengan sebaiknya. Saya berharap lima tahun akan datang negara kita akan mempunyai masa depan yang cerah sekiranya janji ditunaikan. Saya yakin dengan barisan Kabinet yang dipilih dan berharap janji ditunaikan seperti penghapusan sistem tol dan sebagainya,” kata Rosli Hidin.

Abdullah Mansor. Foto: TVS

Seorang pesara, Abdullah Mansor, 68 , yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat membangunkan ekonomi negara bersama barisan Kabinet baharu dengan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada golongan belia.

“Sebagai warganegara Malaysia, saya berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat bersama- sama ahli Kabinet yang dilantiik membentuk suatu kaedah agar dapat membangunkan ekonomi di negara kita ini. Saya berharap agar kerajaan baharu ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda kerana sekarang mereka sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Jadi, saya ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semoga dapat membuat yang terbaik untuk Malaysia,” kata Abdullah Mansor. – TVS

Pikul tanggungjawab makmurkan negara.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan