Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SPay Global. Foto: SPay Global (FB)

SPay Global catat jumlah transaksi berjumlah lebih RM2.8 bilion

ByMuqri Aziz

KUCHING, 3 Dis: Aplikasi e-dompet Sarawak, SPay Global yang sebelum ini dikenali sebagai Sarawak Pay, telah mencatat rekod jumlah transaksi sebanyak 66.7 juta dengan nilai lebih RM2.8 bilion sejak dilancarkan pada 2017 sehingga 27 November tahun ini.

Menurut Pemangku Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) Irtidzar Razali, platform tersebut juga telah mendaftarkan sejumlah 657,824 pengguna dengan 86,154 peniaga di seluruh negeri ini dalam tempoh yang sama.

Pada masa sama, katanya, SPay Global telah bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menyediakan perkhidmatan transaksi dalam talian kepada penduduk luar bandar melalui ejen bank yang dilantik.

“Pengguna SPay Global dari luar bandar boleh menggunakan perkhidmatan itu daripada 236 ejen bank BSN di seluruh Sarawak terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan,” katanya ketika berucap pada Malam Media SMA 2022 di The Commons Café pada Jumaat.

Irtidzar juga berkata dengan pengenalan SPay Global yang bertujuan memperkasakan agenda ekonomi digitalnya itu, ia merupakan salah satu objektif utama penubuhan SMA pada 2018 iaitu bertujuan untuk memulakan dasar pendigitalan Sarawak.

Selain itu katanya, SMA turut menganjurkan pelbagai seminar dan program kesedaran bersama pihak berkepentingan seperti komuniti perniagaan, industri dan institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Curtin Malaysia, Universiti Teknologi Swinburne dan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) atau Sarawak Skills.

“Ini juga untuk memastikan Sarawak akan dapat mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2030,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan