Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemangku Pengurus Besar SMA Irtidzar Razali. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Sebelum beralih ke 5G, kita sempurnakan 4G terdahulu – Irtidzar

ByMuqri Aziz

KUCHING, 3 Dis: Sebelum beralih kepada jaringan internet berkelajuan 5G, Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) nekad memenuhi keupayaan jaringan 4G di seluruh negeri ini.

Hasrat Pemangku Pengurus Besar SMA, Irtidzar Razali itu berdasarkan satu pelan tindakan mengenai 4G dan 5G yang sedang dirancang pihaknya.

“Sebelum kita beralih ke 5G, kita perlulah menyempurnakan 4G terlebih dahulu kerana ia digunakan untuk orang ramai.

“Manakala 5G pula adalah bagi penggiat industri di Sarawak seperti kecerdasan buatan (AI) dan Internet of Things (IoT) dan ia perlu dilakukan dengan serentak,” katanya ketika berucap pada Malam Media SMA 2022 di The Commons Café pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau juga akui agenda Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg amat jelas berhubung perjalanan ke hadapan untuk telekomunikasi dengan keperluan untuk ketersambungan internet berkualiti tinggi.

Irtidzar yakin bahawa ekonomi digital boleh dilaksanakan di Malaysia kerana sudah mempunyai perancangan yang rapi.

“Sebab itulah kita memerlukan perancangan yang sangat rapi dan betul kerana kesemua inisiatif yang terkandung dalam pelan tindakan mempunyai garis masa yang tersendiri.

“Sebagai contoh, dalam tiga tahun yang akan datang, kita akan melancarkan 5G namun perancangan asalnya kita akan mulakannya pada 2023 tetapi kita memulakan perkhidmatan 5G pada tahun ini,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan