Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rokok yang dirampas dalam satu pemeriksaan di Kampung Lubuk Piasau, Limbang. Foto: Pasukan Polis Marin Sarawak

Polis Marin Limbang rampas rokok seludup

LIMBANG, 3 Dis: Tindakan cuba menyeludup rokok dipercayai tanpa cukai terbongkar dalam satu pemeriksaan di kawasan lapang di Kampung Lubuk Piasau, Limbang semalam.

Operasi yang dijalankan sepasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPMW5) Limbang diketuai seorang pegawai dan enam anggota berjaya merampas rokok pelbagai jenama dalam pemeriksaan tersebut.

Dalam perkongsian Facebook rasmi Pasukan Polis Marin Sarawak, operasi dijalankan hasil maklumat dan risikan berhubung kegiatan itu.

“Semasa tiba di kawasan tersebut pasukan serbuan kemudiannya memeriksa kawasan terbabit dan melihat dua buah kereta diparkir di suatu kawasan lapang yang tersembunyi dan gelap.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kereta tersebut menemui kotak-kotak dipercayai rokok tidak bercukai. Kunci kedua-dua kereta tersebut masih berada di dalam kereta tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu menyatakan bahawa pasukan serbuan telah menunggu selama dua jam di kawasan tersebut tetapi tiada siapa yang datang menuntut barang-barang itu.

Kereta berisi rokok tidak bercukai tersebut kemudiannya dibawa ke Markas Taktikal PPM W5 Limbang untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kastam 1967. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan