Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Karim melakukan simbolik 'Flag Off' disaksikan Hii Chang Kee dan Philip Yong. Foto: TVS

Pandemik Covid-19 beri impak positif kepada sektor pelancongan tempatan

KUCHING, 3 Dis: Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah memberikan impak positif kepada industri pelancongan tempatan, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Melihat dari sudut positif dan sebagai ‘satu rahmat’, menurut beliau pandemik yang melanda telah membataskan pergerakan ke luar negeri seterusnya menyaksikan peningkatan luar biasa terhadap industri pelancongan tempatan.

Tambahnya lagi sebelum pandemik melanda, rakyat Sarawak dilihat kurang berminat untuk melancong ke dalam negeri ini dan lebih tertumpu kepada luar negara atau ke Semenanjung Malaysia.

“Selepas pergerakan rakyat terbatas dan pelancongan dibataskan akibat pandemik Covid-19, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) telah memperkenalkan program Sia-Sitok yang memfokuskan kepada pelancongan dalam negeri ini dan ia berjaya menarik minat rakyat Sarawak untuk melawat beberapa lokasi menarik sekitar Sarawak,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian dalam ucapan perasmian program Sarawak Road Trip anjuran Agensi-Agensi Pengendalian Pelancongan dalam Negeri Sarawak (ASIA) di Kuching Waterfront, di sini, hari ini.

Abdul Karim akui program tersebut telah membuka mata banyak pihak mengenai keunikan di Sarawak kerana negeri ini  mempunyai pelbagai lokasi menarik serta menawarkan pengalaman menarik kepada pelancong tersendiri menerusi kebudayaan dan makanan setempat.

Dalam perkembangan sama, Abdul Karim mahu rangkaian internet dinaik taraf bagi membolehkan pengembara di Sarawak menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze dan GPS dengan lebih tepat.

“Beberapa kawasan terutama di kawasan pendalaman tidak mempunyai talian internet yang baik dan saya harap pihak tertentu mengambil inisiatif membaiki jaringan internet bagi membolehkan pengembara ini berpeluang melawat kawasan-kawasan yang unik di pendalaman,” ujarnya,

Pada masa yang sama, beliau turut berharap agar papan tanda di beberapa kawasan dibaik pulih bagi meningkatkan imej kawasan tersebut sebagai destinasi pelancongan di Sarawak.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datu Hii Chang Kee, Pengerusi ASIA Philip Yong dan Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Datuk Salleh Askor.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan