Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perkhidmatan kereta api dari Hatyai, Thailand ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan berhampiran Stesen Klong Ngek di Sadao dibom. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Insiden bom landasan kereta api Sadao: Tiada rakyat Malaysia terlibat

ByBernama

KANGAR, 3 Dis: Tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden bom landasan kereta api di Sadao, Thailand petang tadi.

Exco Kemudahan dan Prasarana, Pengangkutan, Hubungan dan Kerjasama Sempadan, Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu dan Aduan Awam Perlis, Izizam Ibrahim berkata daripada maklumat yang beliau terima, insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kematian atau kecederaan.

“Saya juga difahamkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden yang melibatkan kereta api kontena yang membawa komoditi getah,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata letupan bom tersebut tidak melibatkan kereta api penumpang.

Media sebelum ini melaporkan Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas satu bahagian landasan dibom berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngek di Sadao, Thailand. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan