Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gempa bermagnitud 5.6 pada 21 November lalu di wilayah Cianjur, Jawa Barat sebabkan kerosakan parah, mengakibatkan 334 orang maut setakat ini dan ribuan lainnya cedera sementara gegaran terus terjadi di wilayah Jawa Barat sehingga petang ini. Foto: David Andreas (TVS)

Gempa bermagnitud 6.4 kembali gegar Jawa Barat

CIANJUR, 3 Dis: Gempa Bumi berukuran 6.4 magnitud mengegarkan wilayah Garut, yang berhampiran dengan Cianjur, Jawa Barat.

Menurut Agensi Meteorlogi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa itu berlaku pada 4.49 petang waktu tempatan.

Pusat gempa dikesan dan cukup dirasai dengan kedalaman 118 kilometer (km) di bawah dasar laut.

Ratusan gempa susulan atau ‘aftershock’ terus gegarkan wilayah Jawa Barat.

Gegaran berkenaan disyaki ekoran daripada gempa yang melanda Cianjur 12 hari lepas, manakala lebih 300 gegaran lainnya terus terjadi di wilayah ini.

Setakat ini gegaran 5.6 magnitud di Cianjur sebabkan 334 orang maut dan kerosakan yang amat parah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan