Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fadillah Yusof
Dato Sri Fadillah Yusof.

Fadillah sifatkan pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri merupakan pengiktirafan kepada GPS dan blok Borneo

KUCHING, 3 Dis: Naib Presiden Kanan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Fadillah Yusof menyifatkan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi merupakan pengiktirafan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ahli Parlimen Petra Jaya itu turut menyifatkan pelantikan beliau yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat malam, merupakan pengiktirafan kepada blok Borneo iaitu Sarawak dan Sabah. 

“Ia satu tanggungjawab besar yang perlu digalas dengan istiqamah, ikhlas dan jujur demi kestabilan politik, ekonomi dan kemakmuran negara. 

“Jawatan ini bukan untuk dibanggakan tetapi ia adalah amanah rakyat dan negara yang harus dipikul sebaik mungkin,” katanya menerusi kenyataan media, susulan pengumuman oleh Anwar di Putrajaya.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Pelantikan Fadillah perkukuh perwakilan Sarawak di peringkat Persekutuan – Wan Junaidi
  2. 2. ABS yakin Fadillah jaga masyarakat Sarawak di Semenanjung Malaysia
  3. 3. Malaysia catat sejarah miliki dua TPM, Anwar umum Kabinet Kerajaan Perpaduan
  4. 4. PM Anwar umum dua TPM dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan

Menurutnya lagi, beliau akan memikul amanah dan tanggungjawab berpaksikan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu anggota Kabinet memberikan keutamaan, komitmen tinggi dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Semoga kita tanpa mengira bangsa, agama dan merentasi fahaman politik dapat bersama-sama membina Malaysia yang stabil, maju dan makmur berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara,” katanya.

Fadillah, 60, merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya sejak 2004 dan jawatan beliau dalam Kabinet sebelum ini ialah Menteri Kanan Kerja Raya.

GPS yang memenangi 23 daripada 31 kerusi Parlimen menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), merupakan antara parti utama yang membentuk Kerajaan Perpaduan selain daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Sementara itu, Anwar mengumumkan istiadat angkat sumpah Jemaah Menteri akan diadakan pada Sabtu (3 Disember 2022). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan