Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menghadiri Majlis Makan Malam dan Apresiasi Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) malam tadi. Foto: Gerald Rentap Jabu (Facebook)

Chitose Laboratory Corp bekerjasama dengan Sarawak dalam penyelidikan alga

ByAkma Salleh

KUCHING, 3 Dis: Chitose Laboratory Corporation kini sedang berbincang dengan Kerajaan Sarawak dalam usaha menyelidik pembangunan alga yang ada di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, pihak Chitose sedang berusaha untuk mendapatkan tanah dan memperbesarkan kemudahannya kepada 2,000 hektar menjelang 2027.

“Mereka juga sedang mengumpul $200 bilion yen atau AS$2.45 bilion untuk projek itu.

“Ladang itu pada mulanya akan menggunakan karbon dioksida daripada loji janakuasa haba tempatan untuk diberikan kepada alga dan menghasilkan 140,000 tan mikroalga setahun,” katanya pada Majlis Makan Malam dan Apresiasi Pusat Biodiversity Sarawak (SBC) 2022 di sini, malam tadi.

Menjelas lanjut, Abu Bakar berkata, pada 20 Mei tahun lalu, Datuk Amar Jaul Samion telah mengetuai Pemeteraian Perjanjian Geran Penyelidikan dengan Diamond Gas Holding (DGH) yang merupakan anak syarikat  milik Mitsubishi Corporation.

DGH akan menyalurkan peruntukkan penyelidikan selama tiga tahun untuk menyokong aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) mikroalga ini ke arah pelbagai aplikasi industri yang berpotensi.

“Menerusi kerjasama ini mikroalga akan menjadi biosumber utama untuk memacu pembangunan teknologi penyahkarbonan sebaik sahaja dunia beralih kepada penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

“Dengan adanya penyelidikan SBC mengenai mikroalga ini, ia sekali lagi akan meletakkan pusat itu di peta antarabangsa untuk menjadi satu-satunya agensi Sarawak yang akan dimasukkan dalam konsortium Jepun yang terdiri daripada 39 ahli,” katanya.

Tegas, Abu Bakar lagi, projek berasaskan alga penting untuk meneroka peluang perniagaan tanpa sempadan yang mana akan meninggalkan jejak karbon dalam sejarah.

“ ‘Microalgae Toward Sustainable and Resilient Industry’ atau dikenali sebagai MATSURI diasaskan oleh Chitose Laboratory Corporation Jepun merupakan projek bersama pertama di dunia yang bertujuan untuk membangunkan masyarakat berasaskan alga.

“Ini penting untuk meneroka peluang perniagaan tanpa sempadan yang mana akan meninggalkan jejak karbon dalam sejarah,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan