Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: PMO.

Barisan Kabinet dibentuk dengan teliti – Penganalisis Politik

ByDouglas Elliot

KUCHING, 3 Dis: Barisan kabinet perpaduan yang baharu dibentuk pada Jumaat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu barisan Kabinet yang dibentuk dengan penuh teliti.

Penganalisis politik, Dato Dr Jeniri Amir menyifatkan pelbagai faktor telah diambil kira termasuk gandingan muka baharu dan menteri-menteri berpengalaman.

“Ini merupakan satu barisan Kabinet yang disediakan dengan amat teliti dan semasak-masaknya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,

“Beliau telah mengambil kira pelbagai aspek seperti kaum dan agama, jantina, usia malah wilayah dalam pembentukan Kabinet berprestasi tinggi yang berupaya untuk memenuhi kehendak rakyat,” kata Dr Jeniri kepada TVS.

Ujarnya, gandingan muka baharu dan menteri berpengalaman akan mewujudkan pasukan dinamik yang boleh bekerjasama di bawah satu kerajaan perpaduan bagi menyelesaikan pelbagai masalah rakyat khususnya dari segi ekonomi, pekerjaan dan inflasi.

Menurut Jeniri, jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang oleh Dato Sri Fadillah Yusof dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut menjadi penghargaan dan kayu ukur tertinggi bagi Sarawak.

Seorang lagi penganalisis politik, Dr Aida Kipli turut berpendapat bahawa lantikan Menteri dari Sarawak sebagai TPM sebagai satu langkah yang baik. 

“Selain itu, porfolio seperti Menteri Perladangan, Menteri Kerja Raya, Menteri Wanita, Menteri Perpaduan dan Menteri Pelancongan dilihat dapat memacu pembangunan Sarawak agar lebih terserlah dan membantu memperkasakan ekonomi dan meningkatan pendapatan rakyat Sarawak,” kata Dr Aida ketika ditanya boleh TVS.

Walau bagaimanapun, Aida memberi amaran bahawa konflik mungkin berlaku berikutan perlantikan kabinet yang dilihat seolah-olah ingin ‘menjaga hati’ ahli-ahli kerajaan Perpaduan. 

“Konflik bakal berlaku kerana secara keselurruhannya, perlantikan kabinet ini seakan-akan ingin menampakkan konsep kerajaan perpaduan nasional yang dikatakan menjunjung nilai insklusiviti dari aspek perlantikan Menteri dari parti-parti yang menang  serta aspek pembangunan politik, ekonomi dan socio-budaya,” jelasnya. 

Pada Jumaat, Anwar mengumumkan barisan kabinetnya yang dianggotai oleh 28 menteri termasuk dua jawatan Timbalan Perdana Menteri. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found