Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenyataan media yang dikeluarkan oleh SKMM.

SKMM komited tangani kandungan berbaur perkauman dalam talian

ByOdleen Catherny

KUCHING, 2 Dis: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) komited dalam mempercepatkan kajian ke atas kerangka pengurusan kandungan dalam talian.

Pengerusi Interim SKMM, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din berkata ia merupakan langkah menangani kandungan berbaur provokatif yang menyebarkan isu perkauman dan dikhuatiri mewujudkan perpecahan dalam masyarakat di negara ini.

“SKMM menyedari mengenai peningkatan aktiviti memuat naik kandungan bersifat mengancam dan provokatif yang semakin berleluasa di dalam talian ketika ini.

“Sudah tiba masanya kerangka kawal selia semasa perlu dikaji semula, mengambil kira keadaan semasa di alam siber yang dilihat di luar kawalan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.

Mohamad Salim berkata lagi, keadaan itu memungkinkan penyebaran kandungan-kandungan yang mengancam keselamatan dan keharmonian negara, pandangan ekstremisme dan palsu.

Sementara itu katanya, fokus kajian tersebut meliputi kerangka kawal selia dalam aspek pelesenan, kesesuaian hukuman atau penalti semasa.

“Ia juga termasuk keperluan untuk memperkenalkan undang-undang baharu,” tegasnya.

Pada masa sama, SKMM menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama menghormati dan menerima kepelbagaian, keterangkuman, perasaan hormat kepada kaum, agama dan institusi raja.

“Matlamat ini boleh dicapai dengan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara,” ujarnya sambil menambah Rukun Negara bertujuan untuk mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Beliau turut memaklumkan SKMM memandang serius isu berbaur perkauman dan melihat kepada contoh negara-negara seperti Indonesia, Singapura dan Australia yang memperkenalkan undang-undang secara langsung dalam mengawal selia platform penyedia perkhidmatan media sosial.

“Kesemua langkah berkenaan bertujuan untuk menghindari orang ramai daripada bersifat melampau dan menyebarkan pandangan berbaur provokatif ketika berada dalam talian,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan