Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang awam ditemui TVS pada hari ini. Foto: TVS

Rakyat Sarawak harap kabinet baharu perjuang hak Sarawak

KUCHING, 2 Dis: Pelbagai harapan dilontarkan rakyat Sarawak terhadap barisan Kabinet baharu yang bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini.

Rata-rata warga Kuching menginginkan barisan menteri yang dilantik akan memberi perhatian dan terus memperjuangkan hak Sarawak di peringkat Persekutuan.

Bagi seorang pelatih pemasaran, Abdul Khalid, 36, Kabinet baharu disertai menteri dari Sarawak  yang akan memberi perhatian lebih kepada rakyat Sarawak terutama dalam meningkatkan ekonomi rakyat.

“Saya sebagai rakyat Sarawak berharap Kabinet baharu ini akan ada menteri dari Sarawak yang dapat memberi perhatian lebih kepada rakyat Sarawak termasuk golongan peniaga agar dapat menambah ekonomi di Sarawak terutamanya dalam bentuk digital. Saya juga berharap banyak bantuan akan disalurkan kepada usahawan agar dapat meningkatkan lagi ekonomi dalam masa lima tahun ke depan,” katanya ketika ditemui TVS hari ini.

Sementara itu, hak sama rata bagi rakyat Sarawak dengan rakyat di Semenanjung Malaysia antara yang didambakan oleh seorang pelajar institusi pengajian tinggi, Nurul Amira.

“Saya berharap Kabinet baharu ini akan menyamaratakan semua kelebihan bagi anak Sarawak sama seperti di Semenanjung Malaysia juga. Misalnya, kelebihan seperti biasiswa dan pembangunan juga perlu ditambah baik agar dapat memudahkan anak Sarawak. Saya berharap jika ada menteri Sarawak dalam Kabinet, beliau perlulah mengutamakan anak Sarawak,” kata belia berusia 20 tahun ini.

Berlainan pula hasrat usahawan, Rozita Jan, 38 yang turut mengimpikan Kabinet baharu akan lebih berjiwa rakyat serta memahami segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat termasuk usahawan kecil dan ibu-ibu tunggal.

“Saya juga berharap menteri berjiwa rakyat agar sudi untuk turun padang bagi mendengar masalah yang dihadapi penjaja kecil-kecilan dan dapat menyalurkan bantuan seperti mewujudkan ruang untuk berniaga bagi ibu-ibu tunggal,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan