Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Piala Dunia: Jepun tewaskan Sepanyol 2-1 dalam Kumpulan E, kedua-dua mara ke Pusingan 16

ByBernama

ANKARA, 2 Dis: Jepun mencipta kejutan dengan menewaskan Sepanyol 2-1 dalam perlawanan Kumpulan E pada Khamis, tetapi kedua-dua pasukan layak ke Pusingan 16 Piala Dunia FIFA 2022.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa menyaksikan Sergio Busquets terlepas peluang untuk menjaringkan gol buat Sepanyol pada minit keenam.

Pada minit kesembilan percubaan Alvaro Morata berjaya diselamatkan penjaga gol Jepun Shuichi Gonda namun, dua minit kemudian Morata berjaya membolosi gawang lawan menerusi tandukan sekali gus membolehkan Sepanyol mendahului 1-0.

Sepanyol cuba menambah jaringan menerusi rembatan pemain sayap Sepanyol Nico Williams pada minit ke-46 tetapi tersasar dan kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada babak kedua perlawanan Jepun menyamakan kedudukan menerusi jaringan Ritsu Doan pada minit ke-48.

Tiga minit kemudian Sepanyol dikejutkan dengan jaringan pemain tengah Jepun Ao Tanaka.

Kedudukan kekal 2-1 sehingga wisel penamat dan kemenangan itu membolehkan Jepun mengungguli Kumpulan E dengan enam mata.

Sepanyol di kedudukan kedua dengan mengumpul empat mata turut mara ke Pusingan 16 manakala bekas juara Jerman yang berkongsi mata menduduki tempat ketiga tetapi tersingkir berikutan perbezaan gol. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan