KUCHING, 2 Dis: TVS bakal menayangkan sebuah rancangan dokumentari baharu, ‘Sarawak Outdoor Adventure’ yang mengetengahkan aktiviti-aktiviti menarik di Sarawak termasuklah bouldering, sukan menyelam dan berkhemah.
Diterbitkan oleh Reel FX Studio, penonton bakal menikmati keunikan dan keindahan Sarawak yang dipaparkan menerusi rancangan dihoskan oleh Alex Wong dan tetamu jemputan setiap minggu.
Alex yang juga Pengarah Sarawak Adventure berkata, “Sarawak unik dengan caranya tersendiri dan program ini pastinya dapat membuka mata orang ramai tentang kepelbagaian yang ada di Sarawak.”
Tambahnya lagi “Budaya dan pelancongan yang ada di Sarawak juga merupakan antara pengisian dalam program ini.”
Sarawak Outdoor Adventure akan ditayangkan setiap Sabtu, jam 2.15 petang, mulai 3 Disember ini menerusi TVS di saluran 122 Astro dan MYTV. – TVS