Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai tangan selepas sesi tinjauan mesra bersama warga Parlimen Tambun di Pasar Awam Tanjung Rambutan hari ini. Foto: Bernama

Jemaah menteri diumum lewat petang ini – PM Anwar

IPOH, 2 Dis: Barisan Kabinet akan diumumkan lewat petang ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata senarai penuh barisan Kabinet telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi untuk perkenan agar lantikan segera dapat dilaksanakan.

“Pilihan kita terbatas kerana seperti saya umum sebelum ini, kita tidak mahu terlalu ramai menteri atau duta bertaraf menteri supaya perbelanjaan dapat dikurangkan.

“Saya mohon mereka (Jemaah Menteri) ini kekal berkhidmat agar kita dapat memberikan fokus dan tumpuan kepada ekonomi,” kata Ahli Parlimen Tambun itu ketika berucap pada majlis kenduri rakyat diadakan bersebelahan Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati, di sini hari ini.

Anwar berkata barisan Kabinet akan dipanggil ke mesyuarat khas pada Isnin ini untuk penetapan peraturan-peraturan baharu.

Anwar berkata Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) telah berakhir dan kini adalah masa untuk kerajaan bekerja termasuk memberi peluang kepada beliau menunaikan tanggungjawab sebagai perdana menteri.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan