Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penganalisis Sosiopolitik Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi. Foto: TVS

Barisan Kabinet perlu ada sejarah berkhidmat untuk rakyat

KUCHING, 2 Dis: Barisan Kabinet yang dibentuk perlu mempunyai sejarah yang berteraskan berkhidmat untuk rakyat, kata Penganalisis Politik Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

Menurutnya teras berkenaan penting bagi memastikan anggota Kabinet yang dilantik akan memperjuangkan hak dan kesejahteraan rakyat.

“Perkara asas yang perlu ada untuk mencapai barisan Kabinet yang berwibawa dah berintegriti ialah setiap anggota Kabinet itu perlu mempunyai sejarah pencapaian atau perjuangan dalam parti yang berkhidmat untuk rakyat dan menyantuni rakyat,

“Kita perlu ingat bahawa berwibawa dan berintegriti bermaksud mereka berani memperjuangkan hak parti dan hak rakyat walaupun kadangkala berdepan dengan pendakwarayaan terpilih,” katanya ketika dihubungi TVS pada hari ini.

Tambah Awang Azman apabila ditanya mengenai saiz Kabinet, beliau berkata ia wajar dikecilkan sebagai usaha untuk kerajaan berjimat cermat.

Jelas beliau lagi, barisan Kabinet yang kecil dapat menjadikannya lebih efektif jika menteri yang dilantik berkompetensi, berdaya saing dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi.

“Saiz Kabinet memang wajar dikecilkan dalam konteks usaha untuk berjimat cermat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup tidak mahu menerima gaji beliau sebagai Perdana Menteri adalah merupakan satu mesej yang jelas bahawa keutamaan sekarang adalah memulihkan ekonomi,” ujarnya.

Kesimpulannya, tegas Awang Azman, Kabinet kecil ini lebih efektif jika menteri yang dilantik itu kompeten, berdaya saing, mempunyai bakat kepimpinan tinggi dan berprestasi tinggi.

“Ini adalah cabaran kepada anggota Kabinet yang dilantik. Oleh itu, anggota yang dilantik itu perlu dipilih scara lebih berhati-hati,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan