Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Murid-murid yang menerima bantuan keperluan sekolah menerusi Program ‘Back to School 2023’ di Restoran Dinner World di Bintulu petang, Rabu. Foto: TVS

Syarikat swasta Sarawak perluas bantuan persekolahan di Bintulu

BINTULU, 1 Dis: Seramai 231 murid dari dua buah sekolah rendah di Bintulu menerima bantuan keperluan sekolah menerusi Program ‘Back to School 2023’.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Dato Mohamad Medan Abdullah berkata aktiviti tersebut merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bintulu Port dengan kerjasama Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu dan Pihak Pengurusan SK Kuala Nyalau dan SK Kampung Nyalau.

“Program ini merupakan kerjasama syarikat dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu dan pihak pengurusan sekolah-sekolah yang terpilih pada kali ini iaitu SK Kuala Nyalau dan SK Kampung Nyalau,” katanya semasa berucap pada program tersebut di Restoran Dinner World di Bintulu petang semalam.

Program CSR ‘Bintulu Port Prihatin’ kini memasuki tahun kelapan sejak dilaksanakan oleh syarikat terbabit.

“Seperti tahun-tahun yang lepas, syarikat tampil menyumbangkan keperluan asas persekolahan. Saya percaya usaha ini akan membantu keluarga iaitu anak-anak mereka yang terlibat untuk sesi persekolahan tahun 2023,” katanya.

Beliau berkata semasa negara berhadapan dengan krisis pandemik Covid-19 pada 2020 dan 2021 lalu, syarikat tetap melaksanakan program tersebut.

Namun, melalui kaedah berbeza iaitu berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) seperti mana ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan selaras dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan